PATIENTS TREATED

Wednesday, September 21, 2011

world final

bismillah

ha ha ha ha. terasa rasa lawak dengan diri sendiri. dah sebulan lebih tak update blog tetiba rasa nak buat come back. nak buat surprise tuk reader reader tersayang sekalian la konon. amacam. tekejut tak? tekejut tak? haha. eleh. macam ada jek yang visit blog ko ni -_- takpa. kadang kadang harapan palsu tu penting tuk kegembiraan diri sendiri. kan kan kan? erk, apsal sadis semacam jek bunyinya?

dulu sebelum habis final exam tahun satu ritu semangat nak update blog bukan main berkobar kobar lagi. nak buat tutorial photoshop for dummies la, nak buat contest hadiah kereta bmw sebijik la, nak buat itu nak buat ini. tapi sekarang, bulan september pun dah nak habis, satu benda pun tarak jalan. tu la orang cakap 'hangat hangat najis kambing'. (ak tak pernah rasa la pulak camna hangatnya taik kambing tu)

ak update blog ni pun sebab ak nak cerita pasal F1 in schools world final yang berlansung dekat hotel doubletree, hilton, kl. memang meriah gila lah. teringat masa kat national final dulu. orang punya la ramai sampai melekat pipi ke pipi. ceh, bunyi macam gempak. ak tak pergi pun lagi. cuma tengok broadcast kat internet jek. tapi insyaAllah hari ke 3 (esok) ak pergi. sempat la kot tengok knock out race. kalau rajin, insyaAllah ak stay sampai closing ceremony which will start at 530 pm. ceh. macam ak rajin sangat la nak tunggu sampai senja senja ni. 

so, bagi kamu yang tak tahu tu, malaysia dah hantar satu team untuk jadi wakil malaysia. team VELOSPEED F1, SM sains hulu selangor. satu team lagi nama dia team FOCUS, collaboration between negara malaysia dengan ireland and another team named AXIS (collaboration between malaysia and UAE). kalau diikutkan result time trial dengan reaction race, pasukan velospeed ngan team focus ni tak berapa menonjol sangat kalau nak dicomparekan dengan team axis. apa cer ni?

result time trial. fuh. laju laju gak kereta world final ni

ha. kereta dalam video tu kereta team velospeed.
tadek la cun mana kalo compare dengan kereta zaman zaman kami dulu :P 
esp ultimate crusaders ngan impusion punya. lawo gila

result knock out race round 1. alhamdulillah, semua team malaysia layak 
tuk pergi ke second round

aiseh. kan dah terpanjang post ni. tu la. bila dah buat come back ni macam macam pulak terasa nak taip. ala, bukan selalu pun. lepas ni, lagi sebulan la baca post ak. haha


nota kakikukaku : nak tido, esok nak bertolak awal ngan amin ngan jenol. semangat nak tengok F1! esok last, jom sapot malaysia boleh! haha


1 sticky notes:

karthik sekar said...

Free Blogger Templates Daily Updates Free Blogger Template and template blogspot. Blogger template 1, 2, 3, 4 column, seo blogger template, magazine style blogger template and daily updates free blogspot template on bigmasstemplate.blogspot.in