| MY GALLERY OF LIFE | HOVER YOUR MOUSE OVER THE PICTURES |


PATIENTS TREATED

Wednesday, September 21, 2011

world final

| 0 sticky notes
bismillah

ha ha ha ha. terasa rasa lawak dengan diri sendiri. dah sebulan lebih tak update blog tetiba rasa nak buat come back. nak buat surprise tuk reader reader tersayang sekalian la konon. amacam. tekejut tak? tekejut tak? haha. eleh. macam ada jek yang visit blog ko ni -_- takpa. kadang kadang harapan palsu tu penting tuk kegembiraan diri sendiri. kan kan kan? erk, apsal sadis semacam jek bunyinya?

dulu sebelum habis final exam tahun satu ritu semangat nak update blog bukan main berkobar kobar lagi. nak buat tutorial photoshop for dummies la, nak buat contest hadiah kereta bmw sebijik la, nak buat itu nak buat ini. tapi sekarang, bulan september pun dah nak habis, satu benda pun tarak jalan. tu la orang cakap 'hangat hangat najis kambing'. (ak tak pernah rasa la pulak camna hangatnya taik kambing tu)

ak update blog ni pun sebab ak nak cerita pasal F1 in schools world final yang berlansung dekat hotel doubletree, hilton, kl. memang meriah gila lah. teringat masa kat national final dulu. orang punya la ramai sampai melekat pipi ke pipi. ceh, bunyi macam gempak. ak tak pergi pun lagi. cuma tengok broadcast kat internet jek. tapi insyaAllah hari ke 3 (esok) ak pergi. sempat la kot tengok knock out race. kalau rajin, insyaAllah ak stay sampai closing ceremony which will start at 530 pm. ceh. macam ak rajin sangat la nak tunggu sampai senja senja ni. 

so, bagi kamu yang tak tahu tu, malaysia dah hantar satu team untuk jadi wakil malaysia. team VELOSPEED F1, SM sains hulu selangor. satu team lagi nama dia team FOCUS, collaboration between negara malaysia dengan ireland and another team named AXIS (collaboration between malaysia and UAE). kalau diikutkan result time trial dengan reaction race, pasukan velospeed ngan team focus ni tak berapa menonjol sangat kalau nak dicomparekan dengan team axis. apa cer ni?

result time trial. fuh. laju laju gak kereta world final ni

ha. kereta dalam video tu kereta team velospeed.
tadek la cun mana kalo compare dengan kereta zaman zaman kami dulu :P 
esp ultimate crusaders ngan impusion punya. lawo gila

result knock out race round 1. alhamdulillah, semua team malaysia layak 
tuk pergi ke second round

aiseh. kan dah terpanjang post ni. tu la. bila dah buat come back ni macam macam pulak terasa nak taip. ala, bukan selalu pun. lepas ni, lagi sebulan la baca post ak. haha


nota kakikukaku : nak tido, esok nak bertolak awal ngan amin ngan jenol. semangat nak tengok F1! esok last, jom sapot malaysia boleh! haha


more

Saturday, July 30, 2011

melepas

| 0 sticky notes

THE NOKIA CREATIVE N8 PHOTO AWARDS JUNE 2011

 tempat pertama dapat n8 free dengan gambar kena frame woo~

shot aku hantar

first place dapat n8. first runner up dapat? nothing. huhu

sebenanya masuk contest ni saja saja jek
nak test nasib. sapa tanak henpon free kan?
tak sangka pulak bole dapat first runner up :)

insyaAllah lepas ni akan menembak dengan lebih aktif.
malaysia, mesti lagi banyak benda best best tuk ditangkap en?

berminat? ada N8?
ha. boleh la kelik sini

nota kakikukaku : seminggu lagi balik mesia. wehuuu


more

Wednesday, July 13, 2011

header

| 2 sticky notes

wah. rajin betul ak tukar tukar header en?
hehe. sebenarnya baru abes exam physio.
sebab tu bole buat kerja gila ni
*baik ko baca buku histo der

sebelum

 semasa

sekarang

ak tatau kalo header ak yg baru ni serabut kalo compare ngan yg dulu.
pendapat korang?

oh. btw, ak baru tukar gak favicon ak.
ye. ak tau ak lame sebab baru skarang ak tau cane nak tukar.
taktau favicon uh menatang pa?
tu tu. yang kat atas tu. yg huruf H kecik tepi url ak uh.
kira macam icon tuk blog la.

kalo berminat, klik sini

* * *

anat dah habis, physio dah selesai.
so, next is histo. 
apa? histo senang? jangan pandang sebelah mata.
kadang2 yang kecil itu yang memubunuh :)

nota kakikukaku : sapa ada software utk edit video yg portable? nak!


more

Tuesday, July 05, 2011

kerja tidak bijak

| 0 sticky notes

GEMPAR!

tak payah la nak paksa mata korang uh. klik jek gambar tu

ada orang bunuh diri sebab frust exam?
adakah ini petanda

exam kat ain shams uni susah?

OH TIDAK! ak tak abes baca buku lagi woi.

nota kakikukaku : next exam 11 julai. physio. doa2kanlah :)

more

Thursday, June 30, 2011

jangan buat

| 6 sticky notes

kain pelikat lalalala
kain pelikat lalalala
kain pelikat, diguna aneka cara~


ya. memang betul. 
memang macam macam benda kita boleh buat dengan kain pelikat.
buat lapik bantal
lapik meja
kain buruk
balut baby
sapu tangan
tudung saji
selimut 
baju
langsir
cadar
tuala


macam macam lagi lah
ko sebut jek apa. seme dia boleh jadi

tapi, bila ko kat mesir ni
ada satu benda jek yang tak bole buat ngan kain pelikat

ko tak boleh pergi masjid pakai kain pelikat

la. apsal lak? kat mesia cilek jek pacik pacik pakai kain pelikat.
takkan ko malu kot. cuba la promote sket barang buatan mesia ni.

cop! haaa. malu tak malu
cuba ko jawab sket.
ko nak pakai lagi ke kain pelikat pegi masjid kat mesir ni,
lepas ko tau yang orang mesir tak kira tua-muda-miskin-kaya-laki-puan
semua bakal gelak kat ko?




napa lak?


MyEm0.Com




nak tau kenapa?
sebabnya orang mesir cuma pakai kain pelikat
lepas dorang baru ehem ehem dengan isteri dorang.
terkejut? ya. tu lah hakikatnya.

dan ucapkan tahniah dan berikan tepukan gemuruh kepada ak 
sebab jumaat lepas lepas ak pegi masjid pakai kain pelikat dengan cemerlang sekali.
-___-'

nota kakikukaku : tadek can dah la nak ngorat awek arab. haish

more

Wednesday, June 29, 2011

pembedahan berjaya

| 2 sticky notes

alhamdulillah. selepas 3 jam bertarung nyawa
akhirnya pembedahan plastik ni berjaya juga.

eh eh. korang jangan silap paham lak.
bukan ak yang baru lepas pembedahan.
tapi blog ak ni. kalau korang perasan la :P
*kalo korang tak perasan ak tatau nak cakap apa la

sebelum pembedahan

eh hayyan. apsal ko tetiba rajen lak nak mekap blog ko segala bagai ni?
heh. kenapa?
semuanya sebab moki
dia suruh ak ajar dia untuk touch up sket blog dia tadi
dah abes ajar uh, tetiba hati ni terasa nak main main ngan coding sket.
bila dah stat main uh. tau tau jek la.
bila da dekat 3 jam uh
poof! jadi la koko krunch! hehe

oh ya
tuk layout kali ni ak cekau kat sini
besenya ak curik kat sini

dan

siapa siapa yang berminat nak belajar 
cara nak letak komen facebook kat bawah setiap post
bole la pegi geledah sini
insyaAllah menjadi. ak un baru nak try ni :P


nota kakikukaku : belog muka baru, tapi jangan harap ak nak rajin apdet. insyaAllah kembali aktif lepas abes final. doakan kami :D

more

Wednesday, June 22, 2011

jatuh hati

| 3 sticky notes

sangat jatuh hati dengan ini





haish. kenapalah ko keluar lambat sangat?
berminat? klik sini

more

Monday, June 13, 2011

smooth criminal

| 1 sticky notes

ko tau tak apa maksud terbaek?
ni dia


cun gila!
lagu sedap + passion dorang maen cello uh
whoa. memang ada umph lah!

nota kakikukaku : ye, ak patot baca buku sekarang. bukannya on9


more

Saturday, June 04, 2011

heran?

| 1 sticky notes

tadi lepas main bowling sedas dua kat IBC
ak ngan kawan ak gerak la pegi city star
saja teman kawan ak nak carik kipas kat spinneys
memandangkan mesir dah semakin panas menggoda
terpaksalah beli kipas. nak ber-ekon, tak mampu

sampai sampai jek kat sana
tiba tiba

ak rakam sebab nak tunjuk situasi. sekian

hurm, kalo dah kat mesir un camni,
kat negara negara lain camna la.
laki campur ngan puan. joget nari sampai pagi
bala~ bala~
memang menghitung hari la kalo camni

nota kakikukaku : oke, tapi ak tak nafikan la dorang nari semat gila. yang laki jek la tapi. yang puan, no komen
 
more