| MY GALLERY OF LIFE | HOVER YOUR MOUSE OVER THE PICTURES |


PATIENTS TREATED

Thursday, February 17, 2011

piktura melancong ke mesia

| 3 sticky notes

sejak balik dari mesir ni, mood ak nak merapu dalam blog hilang
entahlah. sibuk mungkin. ceh. sibuk sangatla. membuta jek keje
memandangkan jari jemari ak tak terasa nak bershuffle tuk post kali ni,
let the pictures do the story telling :)

 cairo international airport - mmg jd sardin kering ah

yep. khemah menunggu khas tuk malaysian kat epot cairo. mmg patot ah
.
model tidak berbayar hari ini

HUMANITARIAN MISSION - macam gempak jek :)
.
flight lambat lagi. pusing2 terminal cari awek
.
oh. dapat akernya tiket melancong ke jeddah
.
masok2. flight delay la pulak. nasib ada wifi walopun tahap siput sedut
.
tape2. bole bantai jap makan mek di.
,
berkampung di airport jeddah sementara tunggu visa
.
tadek fx bawak baju sejuk. suhu sejibik cam mesia. berpeluh peluh
.
'hotel' kami di madinatul hujjaj. nampak tak seberapa, tapi makanan memang terbaek ah!

yep. da sampai turn tuk balik mesia. kad token num 2179

depan epot king abdul aziz, jeddah. bye jeddah :(
.
tiket FREE ke mesia. saudi arabians airlines
.
solat di mana2. tak perlu un surau. terbaek
.
barang angkut balik mesia. beg laptop 6.8kg, baju sejuk, wallet, mp4, enpon, snow cap n glove (tatau apa fx)
.
kami mangsa pelarian. sayangi kami :')

tadek keje tunggu masuk erplen
.
saudi arabian - senyuman stewardess dia terbaek gila. kalah pramugari MAS

finally, pejumpaan students mesir slangor ngan MB selangor. 2500+ datang. ramai gila lah


kesimpulannya

nak ucapkan ribuan mekaseh 
dekat mereka2 yg bertanggungjawab dalam ops piramid ni.

agak terkilan. sampai jeddah, da dekat ngan mekah tapi takle wat umrah.
sebab visa area jeddah jek. takle kuar

kuah kari roti canai kat jeddah mahal gilak! 5JD = 10LE = RM5
dahla saiz mangkuk kecik standad sup kat restoran uh. naseb kawan ak belanja :)

pengalaman yang tak bole dilupakan.
bole stori kat anak cucu cicit.

sangat boring kat rumah. sapa2 ada aktiviti gtau la ak.
dahla buku department langsung tak bawak. haish T.T


nota kakikukaku :  
beberapa orang akhawat terlibat accident di Temerloh, kak nadhrah, kak syidah n kak 
aida (gen08,ainshams), yanna(gen09,tanta) n khadijah husni (maahad buu3th), ketika 
dalam perjalanan untuk mendengar talk di Melawati. tiga orang masuk ICU. seorang 
dikhabarkan di tahap paling kritikal, kerana tercampak jauh ke luar kereta. mohon doa semua.


more

Thursday, February 03, 2011

pembetulan

| 1 sticky notes

oke. sini nak buat sikit pembetulan
tentang perpindahan pelajar n warga mesia ke jeddah
dan seterusnya ke malaysia

seblom ni kami diberitahu yang proses perpindahan akan bermula rini
dan bila pindah, kami cuma akan transit kat jeddah
pastu akan dihantar ke mesia

tapi baru tadi dapat info baru
insyaAllah proses evacuation akan stat bermula esok pagi (3 FEBUARI 2011) pukul 830 pagi waktu mesir, 2 petang waktu mesia.
evacuation tak stat rini sebab kapal terbang tak dibenarkan masuk ke ruang udara mesir.
alhamdulillah, rini kapal terbang dah dibenarkan masuk.

pastu, bila kami sampai jeddah nanti (kami tak sampai jeddah lagi la husna)
kami akan stay kat asrama tabung haji maximum sebulan.
kalau dalam tempoh sebulan uh mesir aman, baliklah kami ke mesir.
tapi kalo masih tak aman, berenangla kami ke london. 
eh tak tak. balikla kami ke mesia naik kapal laut. 
2 minggu kot pejalanan! 
yang tak bestnya pejalanan dr mesia ke mesir kena tanggung sendiri.

tapi yg paling tragis, beg bole bawak 7 kilo jek kot! laptop un da 2.2 kg T.T
belom lagi katil, peti sejuk, kereta bmw ak. mana nak cukop!

btw, dalam tempoh sebulan kat jeddah uh, sesapa nak balik mesia bole.
tapi 100% duit sendiri la. dan no way ak balik mesia dalam masa terdekat dengan wit sendiri. yep. ak da abeskan seme elaun. encik jpa, cepat2la kamu masukkan duit. dah masuk bulan 2 dah ni.dah sebulan lebih tak masuk masuk lagi :(

erm.  tu jek kot. will inform any update later.

 nota kakikukaku : media oh media. besar betul pengaruh ko en? tergelak ak baca berita

 
more

Wednesday, February 02, 2011

diari winter break yang macam...

| 5 sticky notes

ini post memang super duper hyper panjang. tak berminat? bole tekan button merah pangkah kat ujung uh.
.
26 JANUARI 2011

abes jek xm anatomy, winter break un bermula. memang plan macam2 ah seblom cuti. melancong sana, melancong sini, beli itu, beli ini, buat itu, buat ini. tapi...

abes jek exam uh, cepat2 kami seme berlari g tahrir. nak amik visa. ye la, dah lama kot jadi pelarian. nak gak jadi penduduk yang baik en? tapi malangnya, kaunter tutup. hei, pe kes tutup kul 2 ptg? disebabkan malas nak bertekak ngan macik arab, kitorang un membawa diri ke metro. oh. nasib baik sempat. metro hampir tutup. lagi sekali. metro tutup kul 2? gila ke pe? tapi ak un macam lantak lah. yang lain2 terus balik ke stesen damerdash. ak n aiman lak terus amik train ke atabah. watpe? nak pegi sorofah. tukar wit dolar. malam tu lak pegi serag mall. beli ini :)


oh ya. malam tu gak twitter da stat kena block. oh. nasib ak tadek acc twitter

27 JANUARI 2011

hari ni, pepagi lagi betolak g tahrir nak amik visa. kalo tutup lagi tak tau la. seblom bole amik visa, kena suro tunggu 2 jam dulu. so, pe lagi. memandangkan tahrir dekat ngan sungai nil, kitorang un pe lagi. memang camera time lah. abes penat posing, kitorang un melantak kat kepci. rini gak twitter ngan facebook kna block. kira nak prevent org sebar maklumat la. ak un macam, oke la. tadek fb, bole wat bnda lain. malam uh, tengah layan donlod game, tiba2 line donlod uh cam tak begerak. alamak, whole internet kena block la pulak!
.
28 JANUARI 2011

oh man. harini bukan stakat tenet. line tepon un kena block! memang rasa macam zaman batu la. nak communicate ngan org luar mmg mimpi la.rini gak ash n hanif balik mesia. oh. memang jeles gila. aktiviti PERUBATAN g sinai un kensel sebab kena lalu kat terusan suez. oh. tau2 jek la suez. memang bahaya yang amat la. balai polis un kena bakar kot. stat rini gak ATM da takle kuarkan wit sebab tenet connection tadek. walaweh. cane ak nak survive ngan 50LE jek dalam poket?

29 JANUARI 2011
.

pagi2 uh, abang wan kol. gtau yang perintah berkurung stat rini. cuma bole kuar rumah stat kul 8 pagi smpai 4 petang jek. kalo kuar rumah gak, polis bole tangkap tanpa soal siasat. sapa nak masuk penjara bawah tanah kan? jadi kami un terpenjara la kat rumah sendiri petang uh. petang uh, dapat kol dari senior. btau yg balai polis abdou basha da kena bakar. mmg dekat ah dgn rumah kami. bgnan demokrasi presiden HeMo un kena bakar gak. pastu abg wan kol suro beli stok makanan seminggu sbab mostly kdai akan tutup. tapi rege memang melambung la naik. malam uh pulak akhowat call. cakap bawah rumah dorg ada org mesir lawan polis guna senapang. tapi mmg takle wat pape nak tolong ah. tawakal jek. disebabkan polis macam serabut sket skang ni, banduan mesir terlepas!

30 JANUARI 2011



disebabkan bekalan melantak da nak abes, kitorang un memberanikan diri tuk pegi beli barang kat citystar. citystar ni kira cam largest shopping complex kat mesir ah. sepanjang pejalanan uh mmg keta kebal belambak ah. yep. ak sempat rakam. kalo dorg tau ak rakam kompem masuk penjara bawah tanah. otw tu gak nampak 4 trak polis terbakar. sampai jek citystar kitorg jadi pelik. apsal cam kosong jek? oh. org mesir bgn lambat kot. banyak la ko punya bgn lambat. citystar yg besar gedabak uh tutup kot. memang jadi keajaiban dunia la.
 hari ni bukan setakat kereta kebal lalu depan rumah. jet pejuang un lalu atas kepala! 
.
31 JANUARI 2011

harini dapat arahan suro beindah ke arma. tapi kitorang un macam, malas la.

1 FEBUARI 2011


oke. kami mengaku kalah. akernya kami pindah gak ke arma. dengar taklimat itu ini dari embassy. dan

yep. kami akan berpindah ke JEDDAH

malam ni rusuhan besar kedua lepas yang 25 ribulan uh. 2 juta manusia kot 
.

2 FEBUARI 2011

oke. harini. akernya. tenet connection da OKE! dah oke. memang bersyukur gila gila gila la. rasa macam mati hidup semula. oke. hiperbola. dan hari ni gak ak rasa ak ni macam artis. bukak ym, skype, fb seme tanya itu, tanya ini. ak un macam, oh, ramai gak care ttg ak. haha. hari ni dapat bite terbaru. tatau betul tak. tapi kalo betul, lepas sampai jeddah, kitorang akan bertolak ke mesia!


nota kakikukaku : mekaseh dekat korang yang care. terharu~ 

.
more