PATIENTS TREATED
Tuesday, August 31, 2010
video kelas. siap!
Sunday, August 29, 2010
buah hati. eh, buah tangan
klik piktura tu > right klik > save image as > save!
cop! apsal area atas belah kiri kosong?
nota kakikukaku : gambar puan tuk video blambak kot. gambar laki. "..."
Sunday, August 15, 2010
meg7 dan yang sewaktu dengannya
dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
jap jap jap. seblom kamu, kamu dan kamu mula membaca post ini, sila sediakan 7 kotak tisu jenama Premier di sebelah anda. kenapa? sebab, post ni sangat jiwang. sebarang kekacauan emosi selepas membaca entry ini tidak akan ditanggung oleh pihak penaja. juga peringatan buat mereka yang berumur 18 tahun ke atas, sila dapatkan kebenaran dari adik anda terlebih dahulu kerana entry ini juga mengandungi unsur unsur keganasan yang amat amat giler sangat dah-sat.
dah sebulan lebih kot ak biarkan blog ak ni berhabuk. siap bersawang ag. takpe. nanti ak suroh garsuunah bersihkan oke? yep. seperti tajuk di atas, post kali ini khas ditujukan buat warga MEG7 dan mereka mereka yang sewaktu dengannya. btn sudah. pre departure sudah. penempatan university pun sudah. tinggal final jek lagi seblom kitorang fly ke bumi mesir. insyaAllah. moga dipermudahkan. apa? uni dah tau? ak dapat uni apa? jeng jeng jeng
seperti yang telah ditulis di atas kertas yang bernama surat tawaran, ak telah ditawarkan untuk menyambungkan pengajian ke uni ain-shams, mesir. ak ulang sekali lagi. AIN-SHAMS. frankly speaking, eceh nak jugak cakap BI. lepas ak bukak jek sampul putih uh, ak jadi speechless. tak tahu nak bagi respon macam mana. patotkah ak gembira? sedih? ak mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. sedih kot.
budak kelas lain semua muka hepi macam muka ibah bila dapat aiskrim besar sebab dapat uni cairo. ak lak tercampak ke ain-shams. mula mula ak macam tak percaya. ak masukkan balik surat tawaran uh dalam sampul putih besar. ye r, mana tau bila kuarkan balik nama uni uh tukar jadi uni cairo pulak. ak kuarkan balik. huhu. mengarut jek nak tukar tukar. ingat mejik ke apa?
ini ke ain shams? entah. ak un tak tahu, ust, sila jawab
memula ak berkabung jugak r lepas tau tentang uni ni. tapi, lepas dibasuh, dibrainwash, diperah, dicuci dan macam macam ‘di’ lagi oleh ust ak dan kawan kawan kawan kawan ak (nak menunjukkan yang ak ramai kawan. eheh) ak mula boleh terima ketentuan ni. macam muzakkir kat kisas selalu cakap, mebi apa yang kita tak suka uh terbaek tuk kita dan yang kita suka uh tak baek tuk kita. trimas amin for reminding. tapi, teruk sangat ke ain shams? entahlah. belom kenal maka belomlah cinta. bila dah stat bercinta nanti sedih pulak nak berpisah. macam ust arab ak cakap. kalau tak nak perpisahan, jangan mulakan pertemuan.
habis jek talk dari pegawai MAS uh, kami dibebaskan untuk balik. oh, lupa nak beritahu. tarikh flight insyaAllah 17/18 sept dan bukannya 21 sept seperti yang diberitahu dulu. berlepas pukul 0630 dari KLIA dan akan transit ke Dubai selama satu jam. pastu, transit pulak ke Jordan. satu jam gak tuk hantar budak budak joden. pastu, sampailah kitorang ke mesir. macam trip holiday la pulak sebab banyak transit.
bakal jejak kaki ke sini. x se-gah KLIA kot
lebih kurang 4 bulan. kalau nak diikutkan, 4 bulan uh x la lama sangat. x sampai 5 bulan pun. dalam masa 4 bulan uh ak belajar banyak benda sepanjang berada di intec. ak jumpa ramai orang dengan bermacam - macam jenis ragam. ada yang perangai macam chibi, macam qarsuuunah, macam tant, macam najiak, macam jenol, macam molly, macam… ah, macam macam lah. yang bestnya, semua jenis ragam tu ak bole jumpa kat kelas ni. MEG 7. satu kelas yang sangat spesel la bagi ak. klasmet yang superb ditambah lak dengan lecturer yang sporting sporting belaka. you guys taught me a lot. tengs
x lama lagi kita akan berpisah. seminggu lebih jek lagi. ada yang dapat ain shams dan ada yang dapat cairo. maksud ak, ramai yang dapat cairo. kelas meg7, 3 org jek kot yg dapat ain shams. takpa takpa. kat ain shams nanti kitorang akan sebarkan genetik meg7 yang pantang tengok kamera.
adeh. rabu ni final exam da stat. kompem sekarang seme tengah pulun stadi. ak pulak masih x buat apa apa. asyik bermukabuku jek. papepun, good luck lah untuk kamu, kamu dan kamu yang akan sit for any exam or quiz. jangan lupa doakan tuan punya blog supaya dapat jawab dengan supers oke? ok la. post ni da panjang sangat kot. korang yang baca mesti dah naik boh-san kan? yang korang teruskan baca tu watpe? kan senang kalau korang tekan jek button x kat atas uh.
eh eh. lupa la pulak. sempena bulan ramadhan yang mulia ni, ak nak ucapkan selamat menahan nafsu, lapar dan dahaga bagi semua muslimin dan muslimat sedunia. bagi yang plan tak nak pose uh, x payah la. macam ibah cakap.
tak puasa - berdosa - masuk neraka - padan muka!
ak gak nak mintak maaf kat semua maknusia yang pernah ak wat silap. especially molly, chibi dan garsuuunah sebab selalu kacau korang. ye r. kat ain shams da tak leh kacau dah. haha