| MY GALLERY OF LIFE | HOVER YOUR MOUSE OVER THE PICTURES |


PATIENTS TREATED

Thursday, November 25, 2010

spm mudah kan?

| 0 sticky notes

alhamdulillah
selesai sudah fes block anatomy
anatomi jek. yang lain belom lagi.
jangan ko nak senang lenang lak.
buku physio, biochem ngan histo asyik panggil ko dari tadi, ko wat dek jek en?
alah. ak nak dating ngan cik laptop sekejap un tak bole.
oke. sila jangan pecaya ngan dak ni. sekali dok depan laptop. memang melekat la

test anat tadi?
oke oke saja. tapi takla sampai full mark
haish. yang tak besnya slek kat soklan yg ak jawab ngan konpiden lak uh!
tu la. over konpiden sangat.
takpa. pengajaran supaya tak buat simple mistake lain kali.
. . .

oke. cukup dengan first block.
oh ya. seblum ak lupa, ak rasa tak terlambat lagi tuk ak wish

SELAMAT PERAH OTAK

buat kanak kanak spm sekalian.
 apa? dah terlambat? la. ingat ak kesah ke lambat tak lambat? haha
buat adikku yang tercenta. 
ye. anda FATIN NAJIHAH BINTI MUHAMMAD LUTFI
ini ada tips menjawab buat kamu dan rakan rakan kamu
ceh. bajet cam abg yang caring la ni. haha

PENING OH SOKLAN NI~!!

jawab soklan tu elok elok. kalau ada soklan pelik pelik, jangan tenung kertas tu lama lama. 
takut tembus pulak. skip. tengok next ques. kalau pelik jugak. pegi soklan ketiga. kalau lagi pelik, tutup kertas soklan. berdiri. dan jerit kuat kuat biar satu dewan dengar.

saya dah siap~!!

LOMPAT LOMPAT LAH~

kalau skip skip soklan uh, nanti mesti kena patah balik nak jawab en? so, tuk elak buang masa nak carik balik page yang korang tak siap jawab uh, ak ada satu cara. ak buat, dan alhamdulillah berkesan. caranya, korang lipat sikit kertas kat bawah page yang korang da siap jawab. so, nanti bila da sampai last page n korang nak pegi balik page page seblom, korg bukak jek kertas yang belom berlipat lagi. kan senang? tapi, kalo pengawas tanya apsal korg wat camtu, korg cakap jek ah. ni kan seni..

SIAP? TAK. BUAT NI DULU

kalau da siap jawab pulak, jgn lupa tuk semak balik. ye. taula korang pandai. tapi apa salahnya semak balik en? bukan pengawas tu halau korang keluar dewan pun kalo korang semak balik jopan uh. lain la kalo korang semak dengan kawan sebelah. tu bukan stakat halau. tapi memang pengawas tu bagi flying kick lah.

GOYANG KAKI

jawab sudah. semak berpuluh kali pun sudah. ada masa lebih seblum exam abes? ha. ni la masa berharga buat seorang calon spm. apa yang speselnya ngan masa lebih ni? ni la masa yang paling terbest untuk korang tidur! ya. tidur. saya ulang. tidur. kenapa? sebab, lepas habis paper ni mesti ada paper lain lagi kan? otak kita un nak rehat bhai. kira macam qailullah lah. kan?

MOTIVATOR TU KATA...

selalu pakar motivasi cakap. 

"lepas habes satu paper, keluar dewan, dah. jangan bincang pasal soklan yang dah jawab tadi. nanti kita jadi tensen kalo ada jopan yang kita salah dan akan efek paper seterusnya..."

tapi kan. kat sini ak nak bagitau yang ak sangat sangat TIDAK SETUJU dengan statement tu. SANGAT. kenapa? sebab, bagi ak, dgn bincang uh ah kita bole tau apa yang kita silap dekat previous paper so kita takkan ulang kesilapan yang sama dekat next paper. cuba korang bayangkan. kat paper tadi dah ilang markah. oke. dimaafkan. tapi, sanggup ke korang ilang markah dekat next paper sebab korg bawak pemahaman korg yang salah uh? kalo ak. tak sanggup woo~

apa? nanti tensen? nak tensen pebendaya? korang patut besyukur oh sebab ada peluang kedua nak tebus dekat next paper. eh. ter emosi pulak. haha. lagi satu. napa mesti tensen? patot semangat korang nak jawab next paper uh akan jd lebih tinggi la sebab korang dah tau yg paper fes korg kurang perform. masa ni la nak tampal lubang kan?



tapi. yang paling penting. lepas abes paper uh kita tawakal.
kita dah buat kerja kita, nanti Allah tau la nak buat apa kan?
banyakkan berdoa uh satu kemestian.
doa biar Allah lembutkan hati pemeriksa kertas supaya senang hati dia bagi markah kat kita. supaya mata pemeriksa uh tak juling tengok tulisan cakar ayam kita. kan?





jangan pikir soklan spm susah. bila korang compare ngan soklan yg kat uni, korang akan jadi manusia paling bersyukur dalam dunia
nota kakikukaku : dah tak macam dulu. susah nak jumpa on9

more

Friday, November 19, 2010

ambik ko!

| 9 sticky notes

yeah. i broke my promise.
tapi takpa kot. sebab ak sangat sangat sangat sangat sangat eksaited nak cerita
apa yang dah berlaku kat ak tadi. 
ya. baru sebentar tadi.

hari ni hari jumaat. 
sama jek macam jumaat yang lain lain. tadek beza sikit pun.
bila muazin dah mula laungkan azan zohor, ak un bersiap siaplah nak pergi masjid.
sampai masjid. khutbah dah start.
walaupun ak tak paham satu habuk apa yang khatib uh cakap, tapi ak tak tidur oke.
ye lah. camna la nak tidur kalau dalam masjid uh ko tengok seme pakcik arab dok perati ko macam ko ni alien yang baru landing kat bumi. 
 
selesai solat, ak tak balik rumah terus. 
ye ah. mana ada orang kat rumah.
matju n aiman pegi semayang kat masjid azhar.
dak dak lain pulak pegi tuisyen physio.
so, ak un pegi ah jalan jalan area kawasan rumah ak 
sambil mengabiskan duit dalam wallet yang dah tak berapa nak tebal. 
on the way balik uh ak saja jek ikut jalan pasar.
ye ar. meriah sikit. bole selisih selisih ngan orang arab.
baru terasa mesir sikit en?

oke. here comes the main point.
 
sambil sambil jalan uh, nak elak boring ak nyanyi lagu azab ilahi.
dekat pasar uh ak ternampak ada sorang pakcik tua
bongkok, beruban, muka da kedut kedut la
jalan slow slow. menghadap ak.
so ak un ketepi la tak nak halang jalan dia kan?
tapi en. pakcik uh tak jalan stret.
dia jalan ke arah ak.
ak un apa lagi. stat la cuak.
tuk ilangkan cuak, ak sambung nyanyi. 
baru nak sampai chorus, tiba tiba

DUSHH!

satu tumbukan tepat kena pipi belah kiri ak.
padu pulak uh. apekah?
pe kes pakcik ni? kenal pun tak tetiba datang tumbuk muka ak
baru lepas clash ngan makwe dia ke apa?
 nak kata ak ada ngorat anak dara dia. tadek pulak.

pas dia tumbuk uh, dia ada cakap sumtin yang ak un tak paham.
bukan bahasa arab la yang penting. dengan muka tak puas hati pulak uh
pastu bole pulak dia blah camtu jek. 
tanpa minta maaf.

ak un macam terkesima ah. dah ah kena tumbuk.
depan orang ramai pulak uh. siyesly tak tau nak react camna.
takkan ak nak tumbuk balik pakcik uh en?
yang bestnya ak tak pulak rasa marah kat pakcik uh
rasa nak mencarut un tadek.

rasa macam

"oh, ak kena tumbuk tadi. 
depan orang ramai tanpa sebab. oh.."

macam tu jek.
mungkin ak ni jenis penyabar kot. eceh
lepas selesai jek beli telur, ak terus cepat cepat blah balik rumah.
ye ar. cuak gak kalau ada lagi pacik arab tetiba datang tumbuk muka ak. 
tapi. ak masih kompius kenapa pacik tadi tumbuk muka ak?




so. ak buat konklusi





ak ni hensem sangat kot. haha :D


nota kakikukaku : minggu lepas ak asyik terpikir yang akan ada orang arab tetiba datang tumbuk muka ak. ha. minngu ni kan da dapat. mesir memang ardul kinanah ah

more

tiada masa untuk itu

| 0 sticky notes

post ini post ringkas, pendek lagi kontot
just nak bagitau yang lepas ni aktiviti mengadap laptop sambil online akan menurun secara drastik
ini juga bermakna tiada post baru akan dibuat
eleh. seblom ni un macam ak selalu jek apdet blog.
kenapa?

ya. semua kerana anda encik first block.
anda yang menjadi carry mark untuk saya bawa ke final nanti.
kalau anda mahu tahu. saya sangat cuak dengan anda.
jadi, anda jangan cuba buat hal dengan saya.
saya harap anda dapat memberi kerjasama yang baik dengan saya.
deal?

anatomy. physio. biochem. histo.
empat subjek ak kena cover dalam masa dua hari.
memang mission impossible lah. 
tapi takpa. insyaAllah ak bole habiskan sebab



ak kan hayyan~ hehe




ye. kamu kamu dan kamu. 
tolong doakan ak dan kawan kawan ak bole jawab tuk first block ni oke? 
terima kasih. :)
kamu memang terbaek.


 imtiyaz. amin


nota kakikukaku : hailo. fes tyme ak buat record abeskan dua page physio dalam masa 3 hari~!! otak. kenapa dengan anda?


more

Thursday, November 18, 2010

berkorban apa saja~

| 0 sticky notes

salam alaik.

10 ZULHIJJAH 14
17 NOVEMBER 2010

ye. tarikh ini bukan tarikh besday ak
besday ak 3 sept. sila prepare hadiah tuk taun depan :P
tapi tarikh di mana semua umat islam di mesir dan di korea dan lain lain tempat yang ak tak tahu
sambut raya aidiladha or raya haji or raya korban.
kalau tahun lepas ak terpaksa beraya di kkj gara gara sijil  paling mudah
tahun ni lak ak nak tak nak kena beraya haji di perantauan.

perasaan?
biasa biasa jek.
tadeklah berperasaan macam 'saya menang motor!'
dan alhamdulillah tahun ni ak berpeluang tuk melapah sekor kamben.
wah. kira mission impossible la ni.
tak penah penah ak wat keje ni kat mesia dulu.
skang baru ak tau. rupanya melapah ni tadek ah susah sangat un
macam bukak plastik keropok jek. haha
eleh. macam power sangat jek
tapi. bagi amatur cam kitorang, calar luka jari tangan uh common la.

kami amatur. jadi x salah kalo kami cam batak sikit en?

raya haji tahun ni jugak ak ada wat kelainan.
ceh. bunyi cam gempak jek. haha
tadek pape un senanya.
cuma, raya tahun ni.
instead of pakai baju melayu dan sampin
ak pakai JUBAH
huhu. fes time kot pakai jubah masa raya
yang tak tahan uh semangat pegi beli masa malam raya uh
memang rushing abes ah

ak beli jubah uh kat khan khalili. 55LE

dan raya tahun ni gak la raya yang paling banyak uji kesabaran ak n kawan kawan ak
kenapa? sebab bnyak cabaran belaku kat ak n kawan kawan ak
hanya untuk sembahyang raya.
 citernya camni...
eh tak. ak tanak story sekarang. next post maybe.
kalo ak rasa ak rajen ah. siap buat video kot!

gambar raya? of kos ada. sikit jek lah tapi

siyesly ramai orang. semayang kat souq sayyaroh.

ya. mata anda tak salah. itu memang kaki kambing

tiada kapsi

sempat lagi tak agak agak jumpa raya haji tahun depan?

nota kakikukaku : terasa ke'dingin'an di situ ye
more

Thursday, November 11, 2010

sapa nak ilmu?

| 0 sticky notes
 
alhamdulillah.
setelah dua purnama ak bersengkang mata
akhernya ak bejaya gak aplod lecture notes dr shahira samir ni.
tape tape. tak payah terharu. ak buat ni ikhlas. haha
ada 4 slide semenya.
.
anatomical term and movement
axillary artery, vein and lymph node
shoulder joint and shoulder girdle 
skin and fascia.
.
ak da masokkan dalam satu folder.
folder .rar la tapi.
.
"alamak. ak mana ada winrar bro..."
.
tape tape. jangan emo emo. rilek sudah.
masih ada harapan tuk ko.
takyah la ko nak buat muka pelik ko uh 
sebab ak ada bagi link tuk donlod winrar kat bawah ni.
evaluation copy jek lah tapi.

"winrar uh menatang pe..?"
.
alamak.
ak rasa ko bole google sendiri kot.
 klik jek lah benda alah bawah ni





ni pulak link nak donlod slide slide uh.
sapa rasa dia tak malu, klik ah. haha




benda ni benda ilmu. so ak rasa x salah ah kalo ak nak kongsikan.
kiranya x terhad ah tuk budak ASUS jek. 
hah. korang yang pre-med uh. bole la tengok2 apa yg kitorang stadi. 
jgn cuak nak jadi student med pulak 6t sudah.


nota kakikukaku : eh. sapa kata ak bg benda ni free? sok ak tuntut ah 5 genih sorang. haha. joking

more

Tuesday, November 09, 2010

you. no. not you. yes. YOU

| 0 sticky notes

2 YEARS
few months and few days to be exact





first few months
sms. ym. friendster. non stop



first year
sms. ym. non stop



second year
sms. ym. facebook. seldom



present
ym. seldom





future?





nota kakikukaku : dear K.I.T.A. please. be nice to me oke?

more

you. no. YOU

| 0 sticky notes

2 YEARS
few months and few weeks to be exact





time sure ran fast
faster than the time taken for a complete action potential









time change. people change. I do change.
change in height and weight of course.



nota kakikukaku : 2 november 2008. still remember the night when I..

more

Monday, November 08, 2010

you. yes. YOU

| 5 sticky notes

 2 YEARS
 few months n few days to be exact



sorry
for hurting you a lot all these while







maybe i should never exist in your life's diary.
shouldn't I?


nota kakikukaku : elasticity tahap nazak. return it to norm or... snap it
more

Monday, November 01, 2010

kenyang

| 0 sticky notes

31102010

tarikh keramat buat ak dan kawan ak. ash
kenapa?

birthday ak ke? 
eh tak tak. besday ak 3 sept. 
eceh. sempat ag promote.

jadi?

ya. pada tarikh ini
turn ak n ash masak tuk makan malam!
oh mai. kucing da tumbuh tanduk ke apa dorang ni tetiba nak memasak?
jeng jeng jeng


so. menu malam ni.
 
AYAM MASAK MERAH.
 
ye. memang kami x pernah masak un benda alah ni kat mesia.
memula plan nak wat sup jek. simple.
hey, kita kan hebat! apa kes sup sup ni.
oke. statement kat atas sangat riak. sila abaikan
 
pikir pikir pikir.
apa salahnya mencuba kan?

berbekalkan laptop di tangan dan sebuah buku resipi
ak n ash un melangkah dengan machonya ke dapur.

buku bukak.
laptop on.
sign in ym.




30 minit



...



1 jam





mana makanan ni?
jap2!!






1 jam 30 minit






lapar lapar







2 jam






yeah! akernya berjaya!
 
 
 
gambar ini real. tadek edit2 punya



 
cuba teka ini apa. kurma ayam or ayam madu?


 
suka bila dengar mereka sendawa



alhamdulillah. berbakat gak ak ni kat dapur rupanya. haha
pape pun ak nak ucap trimas kat mereka mereka yang dah tolong ak menjayakan mission impossible ni.

qayyah
akh miqdad
ash


oh ya. dan x lupa



korang memang tebaek ah! 

nota kakikukaku : 4 ari ag nak masak pe eh? lamb chop oke x?
more