| MY GALLERY OF LIFE | HOVER YOUR MOUSE OVER THE PICTURES |


PATIENTS TREATED

Showing posts with label aktiviti luar. Show all posts
Showing posts with label aktiviti luar. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

world final

| 0 sticky notes
bismillah

ha ha ha ha. terasa rasa lawak dengan diri sendiri. dah sebulan lebih tak update blog tetiba rasa nak buat come back. nak buat surprise tuk reader reader tersayang sekalian la konon. amacam. tekejut tak? tekejut tak? haha. eleh. macam ada jek yang visit blog ko ni -_- takpa. kadang kadang harapan palsu tu penting tuk kegembiraan diri sendiri. kan kan kan? erk, apsal sadis semacam jek bunyinya?

dulu sebelum habis final exam tahun satu ritu semangat nak update blog bukan main berkobar kobar lagi. nak buat tutorial photoshop for dummies la, nak buat contest hadiah kereta bmw sebijik la, nak buat itu nak buat ini. tapi sekarang, bulan september pun dah nak habis, satu benda pun tarak jalan. tu la orang cakap 'hangat hangat najis kambing'. (ak tak pernah rasa la pulak camna hangatnya taik kambing tu)

ak update blog ni pun sebab ak nak cerita pasal F1 in schools world final yang berlansung dekat hotel doubletree, hilton, kl. memang meriah gila lah. teringat masa kat national final dulu. orang punya la ramai sampai melekat pipi ke pipi. ceh, bunyi macam gempak. ak tak pergi pun lagi. cuma tengok broadcast kat internet jek. tapi insyaAllah hari ke 3 (esok) ak pergi. sempat la kot tengok knock out race. kalau rajin, insyaAllah ak stay sampai closing ceremony which will start at 530 pm. ceh. macam ak rajin sangat la nak tunggu sampai senja senja ni. 

so, bagi kamu yang tak tahu tu, malaysia dah hantar satu team untuk jadi wakil malaysia. team VELOSPEED F1, SM sains hulu selangor. satu team lagi nama dia team FOCUS, collaboration between negara malaysia dengan ireland and another team named AXIS (collaboration between malaysia and UAE). kalau diikutkan result time trial dengan reaction race, pasukan velospeed ngan team focus ni tak berapa menonjol sangat kalau nak dicomparekan dengan team axis. apa cer ni?

result time trial. fuh. laju laju gak kereta world final ni

ha. kereta dalam video tu kereta team velospeed.
tadek la cun mana kalo compare dengan kereta zaman zaman kami dulu :P 
esp ultimate crusaders ngan impusion punya. lawo gila

result knock out race round 1. alhamdulillah, semua team malaysia layak 
tuk pergi ke second round

aiseh. kan dah terpanjang post ni. tu la. bila dah buat come back ni macam macam pulak terasa nak taip. ala, bukan selalu pun. lepas ni, lagi sebulan la baca post ak. haha


nota kakikukaku : nak tido, esok nak bertolak awal ngan amin ngan jenol. semangat nak tengok F1! esok last, jom sapot malaysia boleh! haha


more

Wednesday, April 20, 2011

malaysia

| 2 sticky notes

esok international day.
disebabkan pihak uni bagi satu booth tuk dak mesia
tuk pamerkan culture and kelebihan mesia
ak un ditugaskan tuk wat benda ni



tapi, bila ak wat benda ni. tetiba rindu lah pulak kat mesia

haish. pas final nak balik ke tak eh?

nota kakikukaku : syafakallah :)


more

Sunday, March 13, 2011

bunga bukan sekuntum..

| 0 sticky notes

before, we have winter in egypt.
without snow of course
and now it's spring?
yes! it's the transition between both. perhaps
since the class was cancelled today, we decided not to waste our precious time by only sheathed in our super-duper-comfort-'lihaf' 
so, we went on some wandering around abbasiyah
and here are the results!


munga! 


ain shams fes yer students


bunga raya kat mesir? berlambak~


rasa cam bawah pokok sakura


jalan jalan jalang


tiada kapsi


aimang dan bapak mertuanya


pokok bunga merah tanpa daun


ada gaya cam baru lepas kena temu bual MHI x?






konklusinya, sapa kata mesir ada kaktus jek?


nota kakikukaku : rindu pulak kesejukan membunuh musim sejuk :(

 
more

Thursday, November 18, 2010

berkorban apa saja~

| 0 sticky notes

salam alaik.

10 ZULHIJJAH 14
17 NOVEMBER 2010

ye. tarikh ini bukan tarikh besday ak
besday ak 3 sept. sila prepare hadiah tuk taun depan :P
tapi tarikh di mana semua umat islam di mesir dan di korea dan lain lain tempat yang ak tak tahu
sambut raya aidiladha or raya haji or raya korban.
kalau tahun lepas ak terpaksa beraya di kkj gara gara sijil  paling mudah
tahun ni lak ak nak tak nak kena beraya haji di perantauan.

perasaan?
biasa biasa jek.
tadeklah berperasaan macam 'saya menang motor!'
dan alhamdulillah tahun ni ak berpeluang tuk melapah sekor kamben.
wah. kira mission impossible la ni.
tak penah penah ak wat keje ni kat mesia dulu.
skang baru ak tau. rupanya melapah ni tadek ah susah sangat un
macam bukak plastik keropok jek. haha
eleh. macam power sangat jek
tapi. bagi amatur cam kitorang, calar luka jari tangan uh common la.

kami amatur. jadi x salah kalo kami cam batak sikit en?

raya haji tahun ni jugak ak ada wat kelainan.
ceh. bunyi cam gempak jek. haha
tadek pape un senanya.
cuma, raya tahun ni.
instead of pakai baju melayu dan sampin
ak pakai JUBAH
huhu. fes time kot pakai jubah masa raya
yang tak tahan uh semangat pegi beli masa malam raya uh
memang rushing abes ah

ak beli jubah uh kat khan khalili. 55LE

dan raya tahun ni gak la raya yang paling banyak uji kesabaran ak n kawan kawan ak
kenapa? sebab bnyak cabaran belaku kat ak n kawan kawan ak
hanya untuk sembahyang raya.
 citernya camni...
eh tak. ak tanak story sekarang. next post maybe.
kalo ak rasa ak rajen ah. siap buat video kot!

gambar raya? of kos ada. sikit jek lah tapi

siyesly ramai orang. semayang kat souq sayyaroh.

ya. mata anda tak salah. itu memang kaki kambing

tiada kapsi

sempat lagi tak agak agak jumpa raya haji tahun depan?

nota kakikukaku : terasa ke'dingin'an di situ ye
more

Sunday, June 13, 2010

Badan Tangan Negara?

| 1 sticky notes
perlis. perak. kedah. penang.
4 negeri kat masia yang ak belom pernah jejak lagi

and, guess what?
hari esok bersamaan hari isnin bersamaan 14 JUN 2010
seorang muhammad hayyan affiq akan pergi ke sebuah negeri bernama perak~!!
ya perak. ak ulang sekali lagi.
P . E . R . A . K
bunyi macam ak eksaited kan?
yep. ak memang eksaited
sebab ak suka jalan jaoh jaoh. lagi lagi bila pergi reramai

eh jap jap
buat pe ak tetiba nak pergi perak lak ni?
ada kenduri kawen macik kiah ke apa.
tak tak. bukan anda salah sama sekali
tapi ak pergi ke negeri labu sayong uh bersebab
sebab ak nak merisik anak wak seman
eh silap. sebab ak nak pergi program biro tatanegara
ala. program patriotik patriotik uh.
ye la. ak kan sayang malaysia. eceh, bajet la ko

kami seramai 138 orang akan berlari ke kuala kangsar esok stat pukul 8 pagi.
dan dijadualkan pengsan kat depan pintu pagar ulu kenas pukul
oh, ak lupa nak bagitau. dak dak medik mesir pergi btn kat perak
tapi dak dak medik joden dan islamik banking pulak pegi btn kat ulu sepri, negeri sembilan.
dak dak laen? dak gigi mesir dan joden lak dapat cuti 9 hari sebab diorang x involve dengan btn ni. btn dorang lain kali. sekali dengan budak mara kalau ak x silap
9 hari lama kot. kejelesan ada terasa di situ

okeh. bergolek balik kepada perak
insyaAllah kami akan bermastautin kat sana selama lima hari
jadi, budak2 perak yang nak datang melawat ak, jangan lupa bawak buah tangan berupa kentaki family feast ok?
aktiviti seperti yang termaktub dalam jadual, kebanyakannya dipenuhi dengan LDK.
hari jumaat tu lak ada ujian. kalau fail tak boleh fly kot.
perkataan ujian uh buat benda uh macam mencuakkan.
harap ak boleh jawab dengan baik

akhir kata. kamu kamu dan kamu sila doakan kami semua baik baik sahaja berbtn.
kalau rindu ak tak payah mesej atau miskol. sebab dekat sana mebi ak x dapat nak angkat atau reply. ada sumber mengatakan yang hp akan dikumpulkan.

betulkah?

mampu kah ak survive tanpa kawan baikku disisi?

nota kakikukaku : wak dan zahra dah selamat sampai kat LOS ANGELES.

more