| MY GALLERY OF LIFE | HOVER YOUR MOUSE OVER THE PICTURES |


PATIENTS TREATED

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

world final

| 0 sticky notes
bismillah

ha ha ha ha. terasa rasa lawak dengan diri sendiri. dah sebulan lebih tak update blog tetiba rasa nak buat come back. nak buat surprise tuk reader reader tersayang sekalian la konon. amacam. tekejut tak? tekejut tak? haha. eleh. macam ada jek yang visit blog ko ni -_- takpa. kadang kadang harapan palsu tu penting tuk kegembiraan diri sendiri. kan kan kan? erk, apsal sadis semacam jek bunyinya?

dulu sebelum habis final exam tahun satu ritu semangat nak update blog bukan main berkobar kobar lagi. nak buat tutorial photoshop for dummies la, nak buat contest hadiah kereta bmw sebijik la, nak buat itu nak buat ini. tapi sekarang, bulan september pun dah nak habis, satu benda pun tarak jalan. tu la orang cakap 'hangat hangat najis kambing'. (ak tak pernah rasa la pulak camna hangatnya taik kambing tu)

ak update blog ni pun sebab ak nak cerita pasal F1 in schools world final yang berlansung dekat hotel doubletree, hilton, kl. memang meriah gila lah. teringat masa kat national final dulu. orang punya la ramai sampai melekat pipi ke pipi. ceh, bunyi macam gempak. ak tak pergi pun lagi. cuma tengok broadcast kat internet jek. tapi insyaAllah hari ke 3 (esok) ak pergi. sempat la kot tengok knock out race. kalau rajin, insyaAllah ak stay sampai closing ceremony which will start at 530 pm. ceh. macam ak rajin sangat la nak tunggu sampai senja senja ni. 

so, bagi kamu yang tak tahu tu, malaysia dah hantar satu team untuk jadi wakil malaysia. team VELOSPEED F1, SM sains hulu selangor. satu team lagi nama dia team FOCUS, collaboration between negara malaysia dengan ireland and another team named AXIS (collaboration between malaysia and UAE). kalau diikutkan result time trial dengan reaction race, pasukan velospeed ngan team focus ni tak berapa menonjol sangat kalau nak dicomparekan dengan team axis. apa cer ni?

result time trial. fuh. laju laju gak kereta world final ni

ha. kereta dalam video tu kereta team velospeed.
tadek la cun mana kalo compare dengan kereta zaman zaman kami dulu :P 
esp ultimate crusaders ngan impusion punya. lawo gila

result knock out race round 1. alhamdulillah, semua team malaysia layak 
tuk pergi ke second round

aiseh. kan dah terpanjang post ni. tu la. bila dah buat come back ni macam macam pulak terasa nak taip. ala, bukan selalu pun. lepas ni, lagi sebulan la baca post ak. haha


nota kakikukaku : nak tido, esok nak bertolak awal ngan amin ngan jenol. semangat nak tengok F1! esok last, jom sapot malaysia boleh! haha


more

Tuesday, March 08, 2011

beberapa minit lagi

| 0 sticky notes



 
SELAMAT TINGGAL MALAYSIA!
HERE I COME EGYPT!


530 PAGI - KLIA - MALAYSIA AIRLINES





kamu da abes kedit ye? sombong :P
nota kakikukaku : cuti summer? tak balik kot.
more

Thursday, February 17, 2011

piktura melancong ke mesia

| 3 sticky notes

sejak balik dari mesir ni, mood ak nak merapu dalam blog hilang
entahlah. sibuk mungkin. ceh. sibuk sangatla. membuta jek keje
memandangkan jari jemari ak tak terasa nak bershuffle tuk post kali ni,
let the pictures do the story telling :)

 cairo international airport - mmg jd sardin kering ah

yep. khemah menunggu khas tuk malaysian kat epot cairo. mmg patot ah
.
model tidak berbayar hari ini

HUMANITARIAN MISSION - macam gempak jek :)
.
flight lambat lagi. pusing2 terminal cari awek
.
oh. dapat akernya tiket melancong ke jeddah
.
masok2. flight delay la pulak. nasib ada wifi walopun tahap siput sedut
.
tape2. bole bantai jap makan mek di.
,
berkampung di airport jeddah sementara tunggu visa
.
tadek fx bawak baju sejuk. suhu sejibik cam mesia. berpeluh peluh
.
'hotel' kami di madinatul hujjaj. nampak tak seberapa, tapi makanan memang terbaek ah!

yep. da sampai turn tuk balik mesia. kad token num 2179

depan epot king abdul aziz, jeddah. bye jeddah :(
.
tiket FREE ke mesia. saudi arabians airlines
.
solat di mana2. tak perlu un surau. terbaek
.
barang angkut balik mesia. beg laptop 6.8kg, baju sejuk, wallet, mp4, enpon, snow cap n glove (tatau apa fx)
.
kami mangsa pelarian. sayangi kami :')

tadek keje tunggu masuk erplen
.
saudi arabian - senyuman stewardess dia terbaek gila. kalah pramugari MAS

finally, pejumpaan students mesir slangor ngan MB selangor. 2500+ datang. ramai gila lah


kesimpulannya

nak ucapkan ribuan mekaseh 
dekat mereka2 yg bertanggungjawab dalam ops piramid ni.

agak terkilan. sampai jeddah, da dekat ngan mekah tapi takle wat umrah.
sebab visa area jeddah jek. takle kuar

kuah kari roti canai kat jeddah mahal gilak! 5JD = 10LE = RM5
dahla saiz mangkuk kecik standad sup kat restoran uh. naseb kawan ak belanja :)

pengalaman yang tak bole dilupakan.
bole stori kat anak cucu cicit.

sangat boring kat rumah. sapa2 ada aktiviti gtau la ak.
dahla buku department langsung tak bawak. haish T.T


nota kakikukaku :  
beberapa orang akhawat terlibat accident di Temerloh, kak nadhrah, kak syidah n kak 
aida (gen08,ainshams), yanna(gen09,tanta) n khadijah husni (maahad buu3th), ketika 
dalam perjalanan untuk mendengar talk di Melawati. tiga orang masuk ICU. seorang 
dikhabarkan di tahap paling kritikal, kerana tercampak jauh ke luar kereta. mohon doa semua.


more

Sunday, October 31, 2010

sayang

| 0 sticky notes


FAQIHAH MARDINA


FATIN NAJIHAH





tiba tiba rasa rindu kat mereka.

'weh, korang tengah watpe eh skang?'





nota kakikukaku : sila jangan muntah. ak memang abang yang baik n penyayang. haha

more

Saturday, June 19, 2010

ak sayang malaysia

| 2 sticky notes
assalamualaikum dan salam 1 malaysia
wah wah. ada bunyi cam pemimpin melayu x?
eheh. lepas jek ak balik dari btn, ak rasa semangat patriotik ak makin tinggi.
melambung. 
okeh, untuk post kali ini ak cuma nak cerita tentang pengalaman ak berbtn selama 5 hari 4 malam di kem bina negara, ulu kenas, kuala kangsar, perak.
jap jap. seblom ak start sesi story telling ak, ak nak korang dengar lagu ni.
lagu yang kitorang akan nyanyikan setiap kali seblom dengar celoteh si pembentang kertas kerja


 sesampai jek kat sana, kami dibahagi kepada beberapa group. tuk bahagi tempat tinggal. kat sini tinggal dalam dorm. bukan bilik cam kat kkj. ak lupa nak bagitau. kem ni dekat dengan sungai. dalam hutan la katakan. asal malam jek kompem sejuk. pagi masa bangun tido apatah lagi. rasa cam ko baru berendam dalam air sejuk sejam lepas tu ko terus masok dalam freezer. tapi sejuk sejuk cam uh un subuh tetap susah nak bangun.

 
oke, aktiviti kat sana macam yg ak dah expect. penuh dengan ceramah dan LDK.
ceramah dia walaupun dak dak lain kata memboringkan dan mengantuk, tapi ak kata tidak. ak x berpeluang langsung untuk merasai perasaan mengantuk uh. kenapa? ko gila ke nak tido kalau ko duduk barisan paling depan dan muka ko memang stret menghadap penceramah uh. kang x pepasal ak kena panggil pergi duduk sebelah yer baca rukun negara macam.... eheh abaikan

part yang paling best kat sana ialah part makan. kenapa? kat sana ko melantak 6 kali sehari. perut x dan nak rasa lapar ag, dah kena sumbat ayam, daging, ikan. x ke heaven uh? yang bestnya, dorang ada sediakan alat timbang berat badan kat penjuru dewan. ye r, nak tengok dalam 5 hari ni berapa banyak lemak ko dah kumpul dan ternak.

kami makan guna tray. teringat zaman muda muda dulu.

sesi LDK lak, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan. dan ak tersumbat masok ke kumpulan num 6. kumpulan paling hebat tapi paling corot dalam rank group. dalam ldk, kami belajar banyak benda berkaitan perlembagaan negara, kontrak sosial, 1 malaysia n lain lain. apa? perkara 1? 2? 3? 4? 152? 153? 181? 14? 26(a)? huh. celah gigi jek. haha. bajet tol.  kalau dulu ak x pernah nak ambil kisah tentang apa yang berlaku kat malaysia, tapi sekarang ak sedar, yang ak kena take part gak. walaupun sikit.

tapi, ada kejelesan gak r dekat dak dak kem ulu pari sebab dorang berpeluang buat musang terbang. ak pulak, kempunan x dapat naek. walaupun benda uh ada kat depan mata. 

tu jek la kot benda yang ak boleh cer. konklusinya, btn ni tadekla teruk sangat. buktinya? ak masih hidop sekarang. kepada mereka yang bakal berbtn, semoga berseronok~!!

x puas dengan gambar kat atas? 
klik link ni tuk lebih banyak gambar kami yg hensem macho kacak bergaya kat btn

nota kakikukaku: ...
more